Sunday 10 August 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

Sek. Ren. Agama Tg Amalin A'Ishah Putri telah mengadakan sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri 2014. Sambutan pada tahun ini amat meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan, makanan yang sungguh sedap dan ramai jemputan yang datang.

"Terima kasih diucapkan kepada semua warga SRATAAP."


    Dif-dif jemputan dari Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan.


 


 
 Murid-murid sedang memilih makanan (kuih, biskut & kek) untuk menjamu selera

 
Para guru dan jemputan yang memeriahkan suasana.
 
 


 
 Guru-guru menyusun dan mengagihkan kuih raya.

 

 
BErmacam-macam biskut raya yang dihidangkan

Guru-guru lelaki SRATAAP

Meja dipenuhi dengan pelbagai kuih & biskut yang dibawa oleh murid-murid

Murid-murid bergaya dengan baju raya masing-masing


Tuesday 13 May 2014

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Zakaria kerana dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pentadbiran, manakala tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Saharudin kerana dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Ko - Kurikulum


Wednesday 28 March 2012

Sekitar Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'Ishah Putri

 Blok Pentadbiran

Pintu pagar masuk


Tangga ke Pejabat Sekolah

Dewan Siti A'Ishah


Padang sekolah


Pondok-pondok


Pondok tempat rehat


Dataran

Sunday 4 March 2012

Pergertian Lencana Sekolah




 
Lencana sekolah berbentuk bujur adalah lambang kesatuan, di dalamnya terdapat logo Majlis Agama Islam Kelantan melambangkan asas penubuhan sekolah agama dan tonggak pengurusan pendidikan agama di Kelantan.

Lencana SRATAAP juga berlatar belakangkan warna kuning, biru, hijau dan putih

Bunga padi                 :Kecintaan kepada ilmu
Bujur                          :Kesatuan dalam pengurusan pendidikan
Kuning                       :Institusi beraja
Biru                            :Kerjasama, perpaduan dan muhibbah
Putih                           :Kesucian, kesempurnaan dan kedamaian
Hijau                           :Keagamaan dan kesucian

Sejarah Penubuhan SRATAAP


Penubuhan Sekolah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri yang dulunya dikenali dengan Sekolah Agama Bersepadu Rakyat yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan yang berteraskan konsep pendidikan bersepadu berorientasikan 4 disiplin iaitu Agama Akademik, Tahfiz Al-Quran dan Teknologi. Berasaskan dua tahap pengajian iaitu Rendah dan Menengah serta menerima pakai sepenuhnya kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah ini dibina di Lot 1941 Kg. Chempaka Panji, Kota Bharu iaitu tanah wakaf Am Sultan Mansor. Tanah tersebut terletak di bawah kelolaan MAIK (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan). Perletakan Batu Asas sekolah tersebut telah disempurnakan oleh KDYMM Al Sultan Kelantan pada 3hb November 1997 dengan penuh istiadat gilang gemilang. Matlamat dan objektifnya ialah untuk melahirkan puteri-puteri Islam yang bertaqwa, berketerampilan inovatif dan kreatif serta dapat berperanan kepada agama, masyarakat dan negara.

Pembinaan sekolah ini bermula pada 24hb. September 1998 dengan mengambil masa 14 bulan untuk siap sepenuhnya pada 25hb November 1998. Pembinaan sekolah ini menelan belanja sebanyak RM 3.2 juta iaitu sumbangan dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak RM 2 juta manakala selebihnya RM 1.2 juta oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Sekolah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri mula beroperasi pada 1hb Februari 2000 dengan 40 orang pelajar iaitu tingkatan satu dan tahun satu. Tenaga pengajarnya terdiri dari 14 orang lepasan ijazah dalam dan luar negeri. Guru-guru tersebut dilatih oleh BAKAGRUV di bawah kelolaan Prof. Datuk Dr. Azman Wan Chek yang juga Pentadbir Sekolah dengan dibantu oleh seorang Pegawai Eksekutif iaitu En. Zainuddin Ishak.

Tahun 2001 perubahan Pentadbir Sekolah iaitu Hjh Haziah Abd Rahman mengambil alih pentadbiran dengan dibantu oleh Pegawai Eksekutifnya En. Mohd. Zaki Ibrahim. Pada tahun 2002, Sekolah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri ditukar statusnya dari sekolah rakyat kepada naungan sepenuhnya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Pengurusan sekolah diteruskan dengan pelantikan Jemaah Pengelola seramai 11 orang yang telah mendapat ampuni perkenan Tuanku Berdua. Jemaah Pengelola terdiri daripada golongan professional dalam bidang pendidikan bagi melaksanakan tugasan mentadbir Sekolah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri. Tahun 2002 seramai 10 anak sulung sekolah ini mengambil peperiksaan PMR yang pertama dan alhamdulillah  mereka mendapat kejayaan 100%.

Sekolah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri terus mengorak langkah untuk bersaing dengan sekolah harian biasa. Tahun demi tahun keputusan peperiksaan awam meningkat sehingalah tahun 2005 anak sulung UPSR mendapat keputusan yang cemerlang (5A) iaitu Nur Fatin Abd. Rahman.

Tahun 2006 adalah tahun duka bagi warga SATAAP bilamana UMMI iaitu Pengetuanya kembali ke Rahmatullah. SATAAP kehilangan seorang pendidik sepanjang hayat. Seorang pendidik yang tak kenal erti jemu dan lelah. SATAAP diganti dengan Pengetua baru yang lebih muda dan bertenaga iaitu Hjh Senaini Long pada 1hb Januari 2007.

Tanggal 2006 sekali lagi SATAAP melakar sejarah bilamana ianya diserahkan kepada kelolaan Kerajaan Pusat iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Peruntukkan sebanyak RM500 000 telah disalurkan untuk pembangunan sekolah. Setelah itu,  SATAAP dibahagikan kepada dua iaitu Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri dan Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A’Ishah Putri. SRATAAP telah mendapat peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk membina 2 blok bangunan 4 tingkat yang mana pembinaannya siap pada penghujung 2007. Sebelum ini SRATAAP hanya menumpang dibangunan SMATAAP dan ditadbir oleh pengurusan yang sama.

Tetapi SRATAAP kini telah mendapat Guru Besar sendiri iaitu Puan Hashimah bt Ibrahim pada 1hb November 2007. Pada 15hb Januari 2008 dengan secara rasminya berpindah ke bangunan barunya. Kini SRATAAP telah mampu berdikari walaupun sebelum ini bergantung dengan pentadbiran SMATAAP sepenuhnya. Moga SRATAAP semerlang menjelang 2010 ini, insyaallah....